PUTRAJAYA : Pesakit yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dikecualikan daripada membuat sebarang pembayaran untuk pembedahan katarak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) pula, lensa untuk pembedahan katarak adalah percuma, manakala kos pembedahan yang terlibat sangat minimum iaitu RM103.
Ketika melancarkan sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di sini hari ini, Dr Wan Azizah yang juga pakar oftalmologi berkata kesedaran di kalangan orang ramai untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian sekiranya mempunyai masalah penglihatan perlu ditanamkan.
“Stigma negatif mengenai pembedahan mata harus diatasi supaya pesakit mendapat rawatan yang sepatutnya secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan mata menjadi semakin teruk disebabkan takut untuk menjalani pembedahan,” katanya.
Menurutnya,
penyebab utama kebutaan di kalangan rakyat Malaysia adalah katarak pada
58 peratus, retinopati diabetik pada 10 peratus dan glaukoma tujuh
peratus.
Sementara
itu, Dr Wan Azizah berkata program ‘Cataract Finder’ yang dijalankan di
Rumah Seri Kenangan pada 16 Julai lepas telah merujuk 21 penghuni
institusi warga emas itu untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan
lanjut di hospital.
Daripada
jumlah itu, seramai 18 orang didapati menghadapi masalah katarak dan
akan menjalani pembedahan dalam waktu yang terdekat, katanya yang juga
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
‘Cataract
Finder’ adalah program yang melibatkan petugas kesihatan melatih orang
awam yang terdiri daripada pengamal optometri swasta, pakar optik, ahli
farmasi komuniti dan petugas-petugas institusi tentang teknik-teknik
asas mengesan masalah penglihatan.
Semasa
menggesa program Cataract Finder itu diperluaskan ke lebih banyak
institusi dan pusat jagaan warga emas, Dr Wan Azizah turut mencadangkan
supaya program kesedaran mengenai kesihatan mata dilaksanakan di
institusi dan pusat jagaan kanak-kanak bagi menerapkan kesedaran
penjagaan mata sejak kecil.
Dalam
sidang media kemudiannya, Dr Wan Azizah berkata Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan
kajian mengenai kesan aktiviti bermain gajet dan bersukan ke atas
peningkatan kes myopia (rabun jauh) di kalangan kanak-kanak bawah 12
tahun pada tahun depan.
“Kajian
itu bertujuan untuk melihat ada atau tidak perbezaan refrective error
atau masalah rabun penglihatan dalam kalangan kanak-kanak dari aktiviti
dalam dan luar rumah,” katanya, yang menjelaskan aktiviti dalam rumah
merujuk kepada bermain gajet manakala aktiviti luar rumah ialah
bersukan.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengehadkan masa penggunaan gajet anak-anak kepada kurang dua jam sehari.
“Bahaya kalau banyak sangat (tengok) skrin untuk kanak-kanak. Retina paling sensitif, kalau retina rosak, tiadalah penglihatan,” katanya. –BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests