Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESARA DIREMAN BANTU SIASATAN PENEMUAN MAYAT WANITA DALAM SEMAK

DALAM NEGARA

PESARA DIREMAN BANTU SIASATAN PENEMUAN MAYAT WANITA DALAM SEMAK

Seorang pesara direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di kawasan semak di tepi jalan Kampung Alor Gali menghala ke Wakaf Tapai di sini, Khamis lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

MARANG: Seorang pesara direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di kawasan semak di tepi jalan Kampung Alor Gali menghala ke Wakaf Tapai di sini, Khamis lepas.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berumur 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek ditahan di Jeli, Kelantan, 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris dalam kenyataan semalam berkata identiti mangsa telah dikenal pasti sebagai Zarina Mukhtar, 57, berpandukan padanan rekod cap jari Jabatan Pendaftaran Negara serta menerusi Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura (D2) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mayat itu ditemukan orang awam tanpa sebarang kesan tikaman, tetakan atau kelar dan tiada kesan pergelutan atau tompokan darah dijumpai di lokasi itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading