MALAYSIA TIDAK TOLAK ANSUR PERBUATAN BAKAR TEKS, BUKU AGAMA
Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan membakar buku atau teks agama termasuk al-Quran, Injil dan teks agama Hindu kerana rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu.
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan membakar buku atau teks agama termasuk al-Quran, Injil dan teks agama Hindu kerana rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran di Sweden, Anwar berkata terdapat begitu banyak salah faham dan prasangka terhadap agama di seluruh dunia termasuk Islam.
“Apa yang anda ingin buktikan? Bahawa anda adalah sekular, menentang Islam atau menentang agama namun apa yang sebenarnya digambarkan adalah kemerosotan nilai dan kemanusiaan nilai,” kata beliau ketika melancarkan buku ‘Knowledge, Tradition and Civilisation: Essays In Honour of Prof Osman Bakar’ di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) di sini hari ini.
Oleh itu, Anwar berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memanggil Duta Sweden dan menyampaikan perasaan jijik Malaysia terhadap toleransi perbuatan membakar al-Quran di negara mereka.
Paludan, ketua parti pelampau kanan Denmark Stram Kurs, dibenarkan membakar al-Quran pada Sabtu lepas di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm dan insiden itu mencetuskan kemarahan dunia Islam.
Perdana Menteri berkata Malaysia menyokong Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan atas kenyataan agresifnya terhadap perbuatan seorang ahli politik anti-Islam di Sweden.
“Tiada sebab untuk mencetuskan sentimen ummah tetapi kita cuba mendidik orang ramai. Malah dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk menghasut pembenci kaum … Kita perlu menanganinya. Inilah cabaran dalaman yang kita hadapi,” kata beliau.
Anwar yang menganggap perbuatan membakar al-Quran sebagai tindakan tidak bertamadun, turut merayu orang ramai supaya meneruskan bantahan dan meluahkan rasa jijik sambil menerimanya sebagai cabaran untuk menghormati komitmen bagi memastikan mesej al-Quran berterusan.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan supaya kurikulum atau mata pelajaran peradaban Islam dikaji semula, Anwar berkata perkara itu perlu diberi perhatian agar cabang ilmu itu benar-benar memberi kefahaman mendalam dengan mesej Islam khususnya soal nilai, akhlak, kemanusiaan dan universal.
Ditanya mengenai tindakan sesetengah pihak menggunakan agama untuk kepentingan mereka, beliau berkata langkah pemerkasaan kurikulum mata pelajaran itu diharap dapat menerapkan tradisi pembelajaran secara kritis dan semua isu berbangkit perlu dirujuk kepada hadith dan Al-Quran.
“Ini semua orang dalam tazkirah buat fatwa masing-masing. Apabila kita tegur, dia kata kita anti-ulama, ini tidak benar. Kalau guru agama itu… jika buat kenyataan yang salah itu mesti ditegur.
“Kalau tidak (hanya) oleh kerana dia tokoh parti dan ulama, kenyataan dia semua benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman yang lebih mendalam… ,” kata beliau.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager