Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PETANI MAUT TERJATUH DARI POKOK PETAI

DALAM NEGARA

PETANI MAUT TERJATUH DARI POKOK PETAI

Seorang petani meninggal dunia selepas terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Perlis, Tikam Batu dekat Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI: Seorang petani meninggal dunia selepas terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Perlis, Tikam Batu dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian menimpa Ahmad Yaakop, 60, yang mengambil upah mengait petai, kira-kira 8.30 pagi.

“Adik mangsa (Abdul Rahman, 51) memberitahu, semasa dia berada di rumah, orang kampung datang dan memaklumkan mereka menemukan abangnya telah jatuh dari pokok petai.

“Adik mangsa kemudian menghubungi ambulans, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan rekod kesihatan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada bahagian kepala, pergelangan tangan dan kaki. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading