KUALA BERANG: Kerajaan Persekutuan mengagihkan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 untuk ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara bemula semalam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata bantuan diagihkan kepada setiap KIR yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengikut syarat ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu, akan diagihkan secara berfasa.
“Saya harap pengagihan bantuan terutama bantuan tunai ini akan dapat diatur gerak dengan sepenuhnya dan kita tidak mahu ada dalam kalangan KIR yang berpindah ke PPS dan mengikut syarat ditentukan NADMA yang tidak mendapat bantuan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Kerajaan Persekutuan juga telah meminta kerajaan negeri yang mengalami banjir, untuk turut mengusahakan bantuan dan dana kecemasan kepada KIR atau mangsa yang mengalami kerugian besar, seperti kerosakan rumah dan peralatan rumah.
“Tentunya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang sangat baik sekarang ini harus dipertingkatkan dan kita mesti mencari jalan meringankan beban mangsa yang dipindahkan (ke PPS) dan rumah-rumah yang mengalami kerosakan dan peralatan rumah yang rosak,” katanya.
Ahmad Zahid juga memberi jaminan bahawa kerajaan mempunyai peruntukan secukupnya untuk mengagihkan bantuan Wang Ihsan tersebut kepada KIR terkesan di seluruh negara, yang kini telah melebihi 30,000 KIR.
Malah, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan akan menambah peruntukan untuk bantuan tunai itu, sekiranya jumlah KIR melebih peruntukan yang disediakan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan sedang membina 14 Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di seluruh negara atau satu PPKB di setiap negeri, bagi keselesaan dan kemudahan mangsa banjir.
“Untuk Hulu Terengganu kita telah dapat permohonan daripada pemimpin tempatan (untuk pembinaan PPKB) dan kita akan pertimbangkan untuk fasa kedua. Saya telah minta pegawai daerah untuk kenal pasti kawasan yang sesuai bagi pembinaan PPKB ini.
“Peruntukan pun telah ada dan Perdana Menteri sendiri berikan peruntukan keseluruhan kepada NADMA bagi belanjawan tahun depan sebanyak RM600 juta, iaitu melebihi RM100 juta daripada peruntukan tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata berikutan jumlah mangsa yang meningkat mendadak pada hari ini berbanding semalam, kerajaan telah mengarahkan seluruh agensi penguatkuasaan dan keselamatan bersiap siaga dan mengatur gerak pasukan dengan sebaiknya.
“Oleh kerana keadaan kali ini sangat luar biasa, semalam tengah hari baru 37,000 mangsa seluruh negara, tengah hari ini telah mencecah sekitar 137,000 orang mangsa dan angka ini akan meningkat atau menurun bergantung kepada cuaca.
“Peningkatan hari ini dan semalam adalah sangat luar biasa, oleh sebab itu kesiapsiagaan kita bagi mengatur gerak-gerak ini disusun sebaiknya,” katanya.
Sementara itu Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan di peringkat daerah termasuk di Terengganu, dalam menyelamatkan dan menyantuni mangsa banjir.
Beliau berkata kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tanpa mengira perbezaan fahaman politik seperti yang terjalin kini amat penting, demi menjaga kebajikan rakyat yang ditimpa musibah banjir.
Terdahulu Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni mangsa banjir di SMK Matang di sini, yang terdiri daripada 275 mangsa daripada 130 keluarga.
Selain itu Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat mangsa banjir di SK Nibong di sini yang menempatkan 265 mangsa daripada 91 keluarga.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests