Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PHUKET PUSAT PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN  BAHASA MELAYU PERTAMA DI SELATAN THAILAND

DUNIA

PHUKET PUSAT PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN  BAHASA MELAYU PERTAMA DI SELATAN THAILAND

Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran berkata sebagai langkah awal pihaknya akan melatih Munsyi Jawi (guru tulisan jawi) dalam kalangan penduduk tempatan untuk mengajar sistem ejaan jawi terkini dengan lebih sistematik.

Gambar hiasan –sumber BERNAMA

PHUKET: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bercadang menjadikan Phuket sebagai pusat perkembangan tulisan jawi dan bahasa Melayu pertama di wilayah selatan Thailand.

Ketua Pengarahnya Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran berkata sebagai langkah awal pihaknya akan melatih Munsyi Jawi (guru tulisan jawi) dalam kalangan penduduk tempatan untuk mengajar sistem ejaan jawi terkini dengan lebih sistematik.

“Munsyi Jawi akan menjadi duta kepada DBP bukan hanya mengajar tulisan jawi tetapi turut membugarkan bahasa Melayu di wilayah selatan Thailand.

“Pada peringkat permulaan kita akan memberi fokus kepada usaha di Phuket terlebih dahulu sebelum di perluaskan ke enam wilayah Adaman iaitu Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipetua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyampaikan plak lawatan Program Ziarah Mahabbah 2022 kepada wakil peserta Jawi DBP yang terdiri daripada guru sekolah sekitar Phuket.

Abang Salehuddin berkata kebanyakan daripada masyarakat di sini (Phuket) sudah mempunyai asas penulisan jawi dan tujuan DBP pula adalah untuk mendedahkan sistem baharu ejaan tulisan jawi yang digunakan di Malaysia.

Seramai 35 delegasi daripada MAIPs menyertai Program Ziarah Mahabbah 2020 ke Phuket yang berlangsung sejak Jumaat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading