PINTU MASJIDIL HARAM DIREMPUH KERETA

RIYADH: Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi menahan seorang lelaki yang merempuh keretanya ke salah satu pintu Masjidil Haram di kota suci Makkah pada Jumaat malam, menurut laporan Saudi Press Agency (SPA).

Kereta itu bergerak dengan laju di jalan yang mengelilingi dataran selatan Masjidil Haram, kata jurucakap rasmi wilayah Makkah, Sultan Al-Dossari.

Katanya, kejadian itu berlaku sekitar jam 10:30 malam.

“Terima kasih kepada Tuhan, tidak ada yang terluka,” kata laporan itu.

Sumber: Twitter @hsharifain

Siasatan mendapati pemandu kereta itu adalah warganegara Arab Saudi yang ‘berada dalam keadaan tidak normal’.

Bagaimanapun, anggota keselamatan bertindak untuk menolak kenderaan itu keluar dari Masjidil Haram untuk memastikan jemaah-jemaah dalam keadaan yang selamat.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut, katanya.–AlHijrah Online

Leave a Reply