Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMPUHAN MASJIDIL HARAM: ZULKIFLI DOA HARAMAIN DAN TETAMU-NYA DIPELIHARA

DALAM NEGARA

REMPUHAN MASJIDIL HARAM: ZULKIFLI DOA HARAMAIN DAN TETAMU-NYA DIPELIHARA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendoakan kesejahteraan Masjidil Haram dan para tetamunya selepas masjid suci umat Islam itu dirempuh sebuah kenderaan malam tadi.

“Moga Allah pelihara Haramain dan para tetamu-Nya,” kata Zulkifli dalam Twitter rasminya yang merujuk kepada hantaran Haramain Info berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian 10.25 malam waktu tempatan dan 3.25 pagi waktu Malaysia itu, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh pintu 89 Masjidil Haram.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit dan suspek telah ditahan pihak berkuasa.

Motif dan punca insiden masih disiasat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading