TERKINI: KORBAN GEMPA BUMI DI TURKI, GREECE MENINGKAT 24 ORANG

IZMIR, TURKI: Agensi berita antarabangsa berpusat di Turki, TRT melaporkan angka korban akibat gempa bumi kuat dan tsunami kecil di Izmir dan Pulau Samos, Greece meningkat kepada 24 orang.

Menurut laporan itu, lebih 800 mangsa cedera. Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut menggunakan aset ketenteraan termasuk helikopter.

Setakat ini lebih 430 orang dirawat di hospital dengan 25 daripadanya di unit rawatan rapi.

Laporan turut menyebut, lebih 340 gempa susulan berlaku, dengan 31 daripadanya berskala lebih 4.0 Richter. – AlHijrah Online

Leave a Reply