Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM KEMUKA DOKUMEN BERKAITAN FELDA, DESAK MUHYIDDIN MOHON MAAF

DALAM NEGARA

PM KEMUKA DOKUMEN BERKAITAN FELDA, DESAK MUHYIDDIN MOHON MAAF

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya, berkaitan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya, berkaitan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Menerusi satu kenyataan ringkas, Anwar mengotakan kata beliau dengan mengemukakan sebahagaian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Felda yang ditandatangani beliau sebagai Menteri Kewangan.

Tiga helaian berkaitan FSRA itu menunjukkan ia ditandatangani pada 26 Jun oleh Anwar bagi pihak kerajaan, dengan Pengerusi Felda ketika itu Tan Sri Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Felda Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Pemeteraian dokumen itu disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Pada satu majlis di Tanjong Karang, Selangor semalam, Anwar berkata beliau akan mengemukakan bukti telah menandatangani dokumen bagi penghapusan hutang peneroka Felda itu, hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading