Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASUH DIDAKWA DI MAHKAMAH ATAS TUDUHAN BUNUH BAYI ENAM BULAN

DALAM NEGARA

PENGASUH DIDAKWA DI MAHKAMAH ATAS TUDUHAN BUNUH BAYI ENAM BULAN

Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang di bawah jagaannya minggu lepas.

Pengasuh, Tan Wooi Cheng, 51, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh bayi berusia enam bulan di bawah jagaannya pada minggu lepas. Tiada pengakuan direkodkan. Majistret S Punitha kemudian menetapkan 5 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat. — fotoBERNAMA

IPOH: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang di bawah jagaannya minggu lepas.

Tan Wooi Cheng, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Cheong Si Yu di nombor 60, Persiaran Klebang Selatan 5, Tawas Indah, Chemor, di sini pada kira-kira 12 tengah malam pada 9 Julai hingga 11 pagi, 12 Julai lepas.

Tan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, boleh dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili Peguam J. Matthews.

Matthews kemudian memohon mahkamah membenarkan anak guamnya yang menghidap penyakit Tiroid, untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Okt sebagai tarikh sebutan semula bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pada 15 Julai, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia, disyaki akibat didera ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Taman Tawas Indah, di sini.

Bayi malang itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, selepas dua hari berada dalam keadaan koma.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading