Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM LANCAR KAD PEKERJA MADANI, SEJUTA PEKERJA BAKAL NIKMATI DISKAUN PERKHIDMATAN

DALAM NEGARA

PM LANCAR KAD PEKERJA MADANI, SEJUTA PEKERJA BAKAL NIKMATI DISKAUN PERKHIDMATAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kad Pekerja MADANI dan Aplikasi telefon pintar MyFutureJobs pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai sejuta ahli kesatuan pekerja bakal menikmati diskaun sehingga 30 peratus daripada lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan menerusi inisiatif Kad Pekerja MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif itu ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini hari ini.

“Kad Pekerja MADANI ini memberi peluang kepada ahli kesatuan yang memilikinya untuk menikmati diskaun bagi pelbagai kemudahan. Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan kepada golongan pekerja yang sentiasa gigih melaksanakan tugas dan amanah,” katanya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, OldTown White Coffee, ZUS Coffee, SOCAR dan Bateriku.

Beliau berkata perincian lanjut mengenai Kad Pekerja MADANI akan diumumkan dalam kenyataan media dalam masa terdekat.

Majlis sambutan dihadiri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Sumber Manusia Steven Sim serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, beberapa menteri Kabinet serta ketua-ketua agensi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Majlis sambutan Hari Pekerja 2025 yang bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” itu diserikan dengan kehadiran lebih 10,000 pekerja sektor awam dan swasta dari pelbagai latar industri. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading