Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM SANGKAL DAKWAAN RUMAH TERBUKA DI TIGA NEGERI PEMBANGKANG KERANA PRN

DALAM NEGARA

PM SANGKAL DAKWAAN RUMAH TERBUKA DI TIGA NEGERI PEMBANGKANG KERANA PRN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana negeri-negeri berkenaan bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sumber Gambar: BERNAMA

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana negeri-negeri berkenaan bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jelas Anwar, majlis itu bukan sahaja diadakan di tiga negeri pembangkang, tetapi juga akan diadakan di Selangor.

“Negeri banyak, semua, Selangor ada… Tidak, tidak (bukan hanya negeri pembangkang),” katanya ringkas kepada pemberita di Masjid As-Salam, Pangsapuri Petaling Perma, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai dakwaan kerajaan sengaja mengadakan majlis berkenaan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, yang bakal menghadapi PRN.

Semalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah pada 29 April, diikuti Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei) selain Anwar dijangka menghadiri tiga lagi majlis rumah terbuka di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading