Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENIAGA LUDAH KE DALAM ADUNAN MURTABAK

DALAM NEGARA

PENIAGA LUDAH KE DALAM ADUNAN MURTABAK

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berkelakuan sedang mengacau adunan murtabak seakan-akan sedang meludah ke dalam adunan tersebut.

LABUAN: Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berkelakuan sedang mengacau adunan murtabak seakan-akan sedang meludah ke dalam adunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Ahmad Jawila berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima sebanyak tiga laporan berhubung video tersebut.

Katanya hasil penelitian mendapati kejadian tersebut berlaku pada 19 April lepas di Bazar Ramadan Labuan Walk, di sini.

“Rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual murtabak perisa air ludah di Bazar Labuan Walk telah ditonton dan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihaknya yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta agar tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading