PDRM LAKSANA KADAR KHAS BAYARAN SAMAN RM50 SETIAP SATU
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik termasuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya bermula hari ini hingga 21 Mei depan.
GUA MUSANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik termasuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya bermula hari ini hingga 21 Mei depan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata kadar khas itu julung kali dilaksanakan oleh pihak PDRM bagi memberi peluang ke atas saman yang tidak boleh dikompaun untuk diselesaikan.
Beliau berkata potongan hampir 85 hingga 86 peratus tersebut untuk menzahirkan hasrat kerajaan menyumbang dari segi memberi kemudahan kepada rakyat dengan mengurangkan bebanan dihadapi masyarakat.
“Kita buka semua saman yang sebelum ini kita sekat contoh saman-saman yang tidak boleh dikompaun dan perlu ke mahkamah.
“Kita buka kerana keluhan masyarakat yang jika (saman) disekat tidak boleh dibuat pembaharuan lesen, pembaharuan cukai jalan jadi kita buka supaya masyarakat semua boleh merasai dan dapat kemudahannya,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di laluan alternatif Gua Musang di sini semalam.
Mat Kasim berkata walau bagaimanapun tawaran terbabit tidak sah untuk kes saman yang masih melalui proses perbicaraan di mahkamah.
“Cuma kita sekat hanya kes-kes melibatkan pihak ketiga, contohnya kes dalam perbicaraan yang itu kami tak boleh kerana masih tergantung dengan perbicaraan dan sebagainya,” katanya.
Pada masa sama, beliau menyeru masyarakat supaya mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan malah tempoh pembayaran juga diberi sehingga selepas perayaan Aidilfitri.
“Saya mahu tekankan saman yang tidak boleh dikompaun itu perlu diambil kesempatan ini (kerana) sebelum ini tidak pernah (dilaksanakan) dalam sejarah PDRM kerana kami terikat pada peraturan tetapi kerajaan tengok apa yang boleh dibantu, maka kita bantulah sebaik mungkin.
“Janganlah tergesa-gesa untuk membuat pembayaran, sambutlah Aidilfitri dahulu kita bagi sebulan ada masa lagi,” katanya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager