KUALA LUMPUR: “Orang kata apabila kita dimasukkan ke penjara, ia peluang kedua untuk kita berubah namun sebenarnya bagi saya ia adalah peluang pertama,” kata Af (bukan nama sebenar), 44, mengenai hukuman penjara yang sedang dihadapinya.
Af mengakui saat melangkah masuk ke Penjara Kajang enam tahun lepas merupakan peluang keemasan diberikan Allah SWT kepadanya untuk berubah menjadi seorang muslim yang taat dan patuh kepada ajaran Islam setelah lalai dan leka dengan kenikmatan dunia selama ini.
“Perasaan saya pada hari pertama menjejakkan kaki di penjara ini seperti berada di satu tempat asing…itu adalah kali pertama saya masuk ke dalam penjara…hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya pada ketika itu.
“Apabila berada di sini, saya berasa betapa dunia ini sebenarnya terlalu kecil, dunia ini hanyalah tempat untuk kita sandarkan pengharapan dan penyerahan kepada yang Maha Agung,” katanya ketika diwawancara dalam dokumentari terbitan Bernama TV bertajuk ‘Kami Juga Ada Perasaan’.
Af didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menyebabkan kematian tanpa niat.
Bagaimanapun, dia keberatan berkongsi mengenai kesalahan dilakukannya sehingga dihukum penjara 10 tahun.
“Biarlah ia menjadi sejarah dalam kehidupan dan pengajaran untuk diri saya sendiri. Bukan saya tidak mahu berkongsi, tetapi biarlah ia menjadi sebagai iktibar kepada diri sendiri, ia merupakan suatu benda yang aib, baik saya merahsiakannya,” katanya.
Berkongsi rutin hariannya di dalam penjara, Af berkata rutin hidupnya berubah 360 darjah berbanding semasa masih bebas dengan kehidupannya terarah kepada hal duniawi semata-mata.
“Rutin harian saya bermula seawal tiga pagi, dimulakan dengan solat sunat Tahajud dan solat sunat Witir dan seterusnya tadarus al-Quran sehingga masuk waktu solat fardu Subuh. Selepas itu saya akan teruskan dengan program pihak penjara,” katanya.
Mengenai perkara ingin dilakukannya sebaik keluar dari penjara nanti, Af berkata dia ingin menunaikan ibadah umrah.
“Saya ingin memohon kemaafan di rumah Allah. Saya mohon Allah SWT memberi saya petunjuk terbaik sebelum saya melangkah ke hadapan meneruskan kehidupan,” katanya yang masih mempunyai baki hukuman dua tahun.
Af berkata jika diizinkan Allah SWT, dia ingin membetulkan keadaan dan melakukan yang terbaik buat isteri tercinta, anak-anak serta kedua ibu bapanya.
“Hanya Allah SWT sahaja tahu apa yang tersurat dan tersirat di hati saya. Insya-Allah saya akan buktikan bahawa saya antara yang terbaik,” tegasnya.
Terdapat kira-kira 70,000 banduan ditempatkan di 40 penjara dan 10 penjara satelit di seluruh negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.