PM MENGHADAP AGONG, MALAYSIA BAKAL DARURAT?

KUANTAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang sebentar tadi.

Kenderaan membawa Muhyiddin dilihat memasuki perkarangan istana berkenaan kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Muhyiddin menghadap Al Sultan Abdullah dipercayai berikutan keputusan mesyuarat khas kabinet pagi tadi yang dilapor membuat ketetapan pengisytiharan darurat kesihatan.

Media sebelum ini melaporkan, negara bakal diisytihar darurat kesihatan, di samping ketidaktentuan politik yang melanda. – AlHijrah Online / Faez Baderolhesam

Leave a Reply