Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA BERPURDAH TETAP WAJIB PAKAI PELITUP MUKA

DALAM NEGARA

WANITA BERPURDAH TETAP WAJIB PAKAI PELITUP MUKA

KUALA LUMPUR: Wanita yang memakai purdah masih perlu memakai pelitup muka di tempat awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kain purdah lazimnya hanya satu lapisan dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kalau pemakaian purdah hanya satu lapisan tidak cukup.

“Jadi kita syorkan mereka yang memakai purdah dalam tu boleh memakai pelitup muka sama ada jenis fabrik atau pelitup muka tiga lapisan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada wanita berpurdah perlu memakai pelitup muka.

Dalam pada itu berhubung perkembangan COVID-19 hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan lima lagi kes kematian direkodkan.

Image

Kes positif baharu pula katanya meningkat kepada 847 berbanding 732 kes semalam.

Sabah kekal sebagai negeri mencatatkan rekod positif baharu tertinggi dengan 578 kes. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading