Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PN SETUJU PERTIMBANG CADANGAN TUBUH KERAJAAN PERPADUAN

DALAM NEGARA

PN SETUJU PERTIMBANG CADANGAN TUBUH KERAJAAN PERPADUAN

Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agung PN Datuk Sri Hamzah Zainudin.

Terdahulu, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, pada hari ini.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini UMNO menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan yang diterajui oleh PN.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading