Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROVOKASI: LIMA PENYOKONG BOLA SEPAK TERENGGANU DIREMAN

DALAM NEGARA

PROVOKASI: LIMA PENYOKONG BOLA SEPAK TERENGGANU DIREMAN

Lima penyokong bola sepak pasukan Terengganu FC dipercayai melakukan provokasi dengan membaling batu ke arah bas penyokong Selangor pada malam Isnin lalu, direman empat hari.

KUALA TERENGGANU: Lima penyokong bola sepak pasukan Terengganu FC dipercayai melakukan provokasi dengan membaling batu ke arah bas penyokong Selangor pada malam Isnin lalu, direman empat hari.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, suspek kesemuanya lelaki berusia 24 hingga 37 tahun ditangkap secara berasingan di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus antara 11 pagi hingga 8 malam tadi.

Katanya penahanan kesemua suspek susulan penahanan lelaki pertama berusia 27 tahun pada hari kejadian yang ditahan semasa melontarkan batu dan beberapa objek keras ke arah bas di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

“Semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, lima suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman sebelum Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan mereka direman selama empat hari.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading