POKOK TUMBANG, BUMBUNG TERCABUT AKIBAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT DI P. PINANG

Sumber Gambar: Facebook

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di Pulau Pinang mengalami hujan lebat serta angin kuat yang mengakibatkan kejadian pokok tumbang serta struktur bumbung tercabut, petang tadi.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 5 petang tadi.

Tular beberapa hantaran di Facebook menunjukkan kejadian pokok tumbang ekoran hujan lebat serta angin kuat.

Kejadian dipercayai berlaku di di Jalan Zainal Abidin, laluan ke Bukit Bendera dan Jalan Tengku, di sini.

Beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta kakitangan pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang menjalankan kerja-kerja pengalihan pokok serta pembersihan di lokasi kejadian.–AlHijrah Online

Leave a Reply