Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH RAYAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

DUNIA

JENAZAH RAYAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

Sumber Gambar: AFP

CHEFCHAOUEN, MAGHRIBI: Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Awram selamat dikebumikan semalam.

Upacara pengebumian tersebut dihadiri ratusan penduduk dan disempurnakan di tanah perkuburan yang terletak di lokasi terpencil, di utara wilayah Chefchaouen beberapa kilometer dari lokasi kejadian berlaku.

Sumber Gambar: AFP

Keranda kecil menempatkan jenazah Rayan dilitupi kain hijau tertera ayat al-Quran dimasukkan ke dalam liang lahad sambil diiringi doa dan bacaan ayat suci al-Quran oleh penduduk yang hadir.

Sementara itu warganet turut tidak terkecuali mengucapkan takziah atas pemergian kanak-kanak itu selain media sosial dibanjiri ucapan simpati serta doa.

Sumber Gambar: AFP

Sabtu lepas, Rayan yang terperangkap di dalam sebuah perigi berhampiran bandar Chefchaouen, Maghribi sejak Selasa disahkan telah meninggal dunia.

Menurut laporan media antarabangsa yang memetik kenyataan yang dikeluarkan Istana Diraja Maghribi, Rayan Awram telah meninggal dunia sebelum berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat.

Kenyataan itu menyusul selepas kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Raja Maghribi Raja Mohammed VI dilapor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading