Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI BARU LAHIR MAUT DITIKAM IBU

DALAM NEGARA

BAYI BARU LAHIR MAUT DITIKAM IBU

KEMAMAN: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui maut dipercayai ditikam ibu kandungnya yang berusia 15 tahun, di sebuah rumah di kawasan Chukai, di sini, semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui pada jam 10 pagi semalam dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri.

ARTIKEL BERKAITAN – BUNUH BAYI: POLIS BURU LELAKI ROGOL REMAJA BAWAH UMUR

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan pihaknya mendapati remaja perempuan itu dipercayai bersendirian di rumahnya semasa melahirkan anaknya itu.

“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.

“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya.

Hanyan berkata sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menahan suspek untuk siasatan lanjut selepas menerima maklumat.

Mayat bayi telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kemaman bagi tindakan lanjut sementara polis sudah mengenal pasti lelaki yang menyebabkan remaja itu mengandung hingga melahirkan anak.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan dan difahamkan remaja itu adalah mangsa rogol.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: BUNUH BAYI: POLIS BURU LELAKI ROGOL REMAJA BAWAH UMUR – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading