Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIKHUATIRI LEMAS TERJUN JAMBATAN KLANG

DALAM NEGARA

LELAKI DIKHUATIRI LEMAS TERJUN JAMBATAN KLANG

KLANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Jambatan Raja Muda, di sini semalam.

Orang awam menyedari kejadian tersebut kira-kira jam 11 pagi selepas ternampak mangsa terapung di sungai tersebut.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi sebelum mengerahkan 15 anggotanya termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja serta Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian.

“Gerakan mencari lelaki yang tidak dikenal pasti identiti itu giat dijalankan di sekitar kawasan tersebut.

“Namun, operasi pencarian belum menemukan mangsa dan terpaksa dihentikan pukul 7 petang tadi dan disambung esok pagi,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu turut disertai Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor.

Semalam tular satu video menunjukkan orang awam terkejut melihat seorang lelaki yang tidak berbaju terapung di sungai berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading