Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHYIDDIN POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

MUHYIDDIN POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif COVID-19, hari ini.

Menerusi kenyataannya di Facebook, beliau memaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan setakat ini dalam keadaan baik.

Tambahnya, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya, hari ini.

Semalam, Muhyiddin yang juga pengerusi MPN telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang disertai Menteri-Menteri Kabinet, ahli-ahli MPM serta beberapa pegawai kanan kerajaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading