POLIS BUNUH PELAJAR: ZAHARIF NAZAK, MERONTA-RONTA SELEPAS PERLANGGARAN – SAKSI
IPOH: Seorang remaja lelaki hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie dilihat dalam keadaan nazak dan meronta-ronta selepas perlanggaran berlaku pada 15 Dis tahun lepas.
Pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dibawa ke lokasi kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie. — Bernama
IPOH: Seorang remaja lelaki hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie dilihat dalam keadaan nazak dan meronta-ronta selepas perlanggaran berlaku pada 15 Dis tahun lepas.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata dia melihat kejadian itu sewaktu mengangkat mangsa selepas diarah oleh pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang mengaku sebagai anggota polis selepas turun dari kereta jenis Perodua Ativa.
“Lelaki Melayu yang saya nampak berpakaian baju T-shirt berwarna putih dan seluar tiga suku berwarna hitam datang ke arah Zaharif jatuh dan memarahi saya.
“”Apa pandang saya?! Kau tengok apa? Kau tolong aku angkat dia,’ aku polis!” dalam nada yang kuat. Saya berasa takut dan terkejut selepas mendengar kata-kata itu,” katanya.
Bagaimanapun, saksi itu berkata sewaktu dia cuba menolong dengan memapah mangsa, dia hanya berjalan sampai tengah jalan sebelum melepaskan mangsa kerana berasa amat takut melihat keadaan Muhammad Zaharif yang nazak.
Remaja itu berkata dia bergerak semula ke arah tempat Muhammad Zaharif dibaringkan di bucu simpang Jalan Taman Jati 1 untuk melihat semula apa yang berlaku dan nampak mangsa meronta-ronta ke kiri dan ke kanan akibat kesakitan dan cuba bangun namun ditahan oleh seorang lelaki mendakwa bapa mangsa.
“Pada masa ini, sudah ramai orang campur budak sekolah dan orang awam berkerumun di kawasan tersebut untuk melihat apa yang terjadi.
“Saya ada nampak seorang pakcik yang memakai baju berwarna merah, separuh peluk badan Zaharif sambil mengatakan “Zaharif, ni abah ni …”. Saya kenal pakcik itu sebagai ayah kepada Zaharif kerana selalu ke restoran milik ayahnya untuk makan,” katanya.
Remaja itu berkata demikian ketika membaca pernyataan bertulisnya di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada perbicaraan kes Mohd Nazri, 44, yang didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Dis 2023.
Menurut saksi sewaktu kejadian itu berlaku dia baru keluar dari kelas sedang berjalan menuju ke kenderaan milik ibunya yang diparkir di seberang jalan berhampiran lokasi kejadian perlanggaran tersebut.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam M. Athimulan yang mewakili Mohd Nazri, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa dia mengetahui ibunya menelefon ambulans berdasarkan perbualan yang didengari pada waktu itu.
Athimulan: Macam mana tahu ibu call ambulans?
Saksi: Saya tahu sewaktu ibu call dan cakap boleh cepat sikit tak … ada orang dah nak mati ni
Athimulan: Kamu ada dengar perkataan ambulans?
Saksi: Tiada
Sementara itu, saksi pendakwaan ke-13, Zuraida Hassan, 46, juga pemilik dashcam yang merakam kejadian perlanggaran yang berlaku antara kereta Ativa dan motosikal berkata sewaktu kejadian dia mahu mengambil anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.
Suri rumah itu berkata dia menyedari pelanggaran itu berlaku selepas terdengar bunyi dentuman yang melepasi kenderaannya yang diparkir di bahu jalan tersebut.
“Saya terus turun dari kereta dan hubungi 999. Pada masa yang sama anak saya telah datang, anak saya ada cuba mengangkat budak sekolah itu,” katanya ketika membaca pernyataan saksinya.
Zuraida berkata semasa menunggu anaknya tamat sesi persekolahan dia juga ada nampak beberapa pelajar sekolah sedang membuat bunyi “rem” motosikal dan berpusing-pusing.
Semasa pemeriksaan balas oleh Athimulan, saksi menjelaskan terdapat kira-kira tujuh hingga lapan pelajar sekolah yang membuat bunyi “rem” motosikal dan berpusing-pusing dari masjid dan ke bawah ke arah sekolah beberapa kali.
Perbicaraan bersambung esok. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests