SHUIB DAN SEORANG LAGI PENGARAH BUBBLEEBEE DITUDUH GAGAL LUNAS CUKAI PERKHIDMATAN
SHAH ALAM: Syarikat Bubblebee Sdn Bhd dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 18 pertuduhan gagal melunaskan cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tahun 2023.
Pengarah Syarikat Bubblebee Sdn Bhd Shahmira Muhammad 40 (kiri) hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi mengahadapi 18 pertuduhan gagal melunaskan cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi tahun 2023. — Bernama
SHAH ALAM: Syarikat Bubblebee Sdn Bhd dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 18 pertuduhan gagal melunaskan cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tahun 2023.
Syarikat minuman itu dan dua pengarahnya Shahmira Muhamad, 40, atau lebih dikenali sebagai Shuib dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah masing-masing atas enam pertuduhan, dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Menurut pertuduhan, bagi kes pertama kesemua OKS didapati gagal membayar cukai perkhidmatan kepada ketua pengarah JKDM bagi tahun 2023 dengan jumlah RM217,542.62, RM217,592.56 dan RM190,848.35 masing-masing bagi tempoh bercukai 1 Jan hingga 28 Feb, 1 Mac hingga 30 April dan 1 Mei hingga 30 Jun.
Bagi kes kedua pula, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan bagi tahun sama dengan jumlah RM268,353.06, RM146,870.03 dan RM149,947.16 masing-masing bagi tempoh bercukai 1 Julai hingga 31 Ogos, 1 Sept hingga 31 Okt dan 1 Nov hingga 31 Dis.
Kesemua kesalahan itu dengan jumlah keseluruhan cukai tidak dibayar ialah RM1.1 juta, dilakukan di Bahagian SST JKDM, Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Bangunan OPA, Subang, Selangor pada 1 April, 1 Jun, 1 Ogos, 3 Okt dan 1 Dis 2023 serta 1 Feb 2024.
Pertuduhan di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di bawah Seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42.
Prosiding hari ini dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri manakala Bubblebee, Shuib dan Koh diwakili peguam Muhammad Firdaus Shaik Alauddin.
Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan kepada Shuib dan Koh mengambil kira jumlah tunggakan yang tinggi.
Muhammad Firdaus membantah sambil menegaskan ia merupakan kes saman selain anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri dan telah membuat aku janji untuk hadir pada setiap prosiding.
Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin kepada kedua-dua mereka sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Dis ini. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked