Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS BURU INDIVIDU BAKAR KEDAI VAPE DI PORT DICKSON

DALAM NEGARA

POLIS BURU INDIVIDU BAKAR KEDAI VAPE DI PORT DICKSON

Polis sedang mengesan sekumpulan individu disyaki membakar sebuah kedai vape di Taman Ria di Port Dickson seperti video tular di X.

SEREMBAN: Polis sedang mengesan sekumpulan individu disyaki membakar sebuah kedai vape di Taman Ria di Port Dickson seperti video tular di X.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya mengesan dua video berdurasi satu minit 18 saat dan 15 saat dimuat naik oleh pemilik akaun @anthraxxx781, pada 6.30 petang semalam.

“Kebakaran itu berlaku pada Isnin, lebih kurang 9.50 malam melibatkan sebuah kedai vape. Api telah dipadamkan oleh bomba.

“Anggaran jumlah kerugian adalah RM50,000. Polis sedang giat menjalankan risikan dalam usaha mengesan suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Aidi Sham berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Danial Abd Rohim di talian 013-2226085.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading