Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU LELAKI CURI DUIT TABUNG SURAU

DALAM NEGARA

POLIS BURU LELAKI CURI DUIT TABUNG SURAU

KLUANG: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mencuri duit tabung surau di Taman Puteri, di sini pada 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata, perbuatan suspek itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Suspek masuk dan mengambil duit di dalam tabung surau. Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 9.30 pagi 15 Januari lalu.

“Suspek menggunakan kenderaan jenis Proton Saga bewarna kelabu namun nombor pendaftarannya belum dapat dikenalpasti,” katanya.

Siasatan terperinci sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau untuk simpanan harta.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan di mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading