POLIS INDIA SIASAT LETUPAN DI NEW DELHI YANG RAGUT 12 NYAWA DI BAWAH UNDANG-UNDANG ANTIKEGANASAN
Polis India sedang menyiasat letupan yang berlaku di ibu negara New Delhi pada Isnin dan meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa serta mencederakan ramai yang lain di bawah undang-undang antikeganasan, lapor media kerajaan, menurut Anadolu Ajansi (AA).
ANKARA: Polis India sedang menyiasat letupan yang berlaku di ibu negara New Delhi pada Isnin dan meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa serta mencederakan ramai yang lain di bawah undang-undang antikeganasan, lapor media kerajaan, menurut Anadolu Ajansi (AA).
“Laporan maklumat pertama (FIR) telah didaftarkan di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Menyalahi Undang-Undang (UAPA), Akta Bahan Letupan dan Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS). Siasatan sedang dijalankan,” lapor stesen televisyen kerajaan Doordarshan News memetik pegawai kanan polis Delhi, Raja Banthia.
Beliau berkata siasatan masih “pada peringkat awal dan sebarang komen pada masa ini terlalu pramatang.”
Letupan berlaku di luar Kubu Merah, sebuah struktur bersejarah era Mughal, pada kira-kira 6.52 petang waktu tempatan Isnin, menurut polis.
Kubu Merah, yang merupakan destinasi pelancongan popular, telah ditutup selama tiga hari sehingga 13 Nov.
Menurut Press Trust of India, angka korban meningkat kepada 12 orang pada Selasa.
Perdana Menteri Narendra Modi menilai situasi berkenaan menerusi panggilan telefon dengan Menteri Dalam Negeri Amit Shah.
“Agensi kami akan menyiasat hingga ke akar umbi konspirasi ini. Dalang di sebaliknya tidak akan terlepas. Semua yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan,” kata Modi ketika berucap pada satu acara di negara jiran Bhutan, di mana beliau sedang dalam lawatan rasmi selama dua hari.
Susulan kejadian itu, tahap keselamatan diperketat di seluruh negara dengan beberapa kawasan dan bangunan penting diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi.
Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat India berkata semua kemudahan di bawah kawalannya, termasuk Metro Delhi, Kubu Merah, bangunan kerajaan dan lapangan terbang Delhi, kini berada dalam amaran berjaga-jaga tahap tinggi.
Pesuruhjaya Polis Delhi, Satish Golcha, berkata letupan berlaku apabila sebuah kenderaan yang bergerak perlahan berhenti di lampu isyarat merah dan mencetuskan letupan dan merebak ke beberapa kenderaan lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager