Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CIKGU E MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

CIKGU E MENINGGAL DUNIA

Pejuang kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, yang tular kisahnya di media sosial baru-baru ini, dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

IPOH: Pejuang kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, yang tular kisahnya di media sosial baru-baru ini, dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. 

Berita sedih itu disampaikan menerusi satu hantaran di Facebooknya pada jam 4.40 petang. 

“Nassry Mardee Bin Ismail dah meninggalkan kita semua.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah,” menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Cikgu E telah menghidap kanser paru-paru tahap empat yang difahamkan hanya 30 peratus baki saluran pernafasan masih berfungsi.

Cikgu E turut menghidap kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru sejak Mac 2024.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading