Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TANAH MERAH, JELI DIKENAL PASTI LOKASI POTENSI AKTIVITI MENDULANG EMAS

UTAMA

TANAH MERAH, JELI DIKENAL PASTI LOKASI POTENSI AKTIVITI MENDULANG EMAS

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengenal pasti jajahan Tanah Merah dan Jeli sebagai antara lokasi yang berpotensi untuk aktiviti mendulang emas.

Sumber: ARKIB

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan telah mengenal pasti jajahan Tanah Merah dan Jeli sebagai antara lokasi yang berpotensi untuk aktiviti mendulang emas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya telah mengarahkan pegawai berkaitan untuk meneliti aspek syarat pelesenan, keselamatan dan perundangan sebelum sebarang aktiviti perlombongan diluluskan.

“Kita akan pastikan tempat rakyat untuk buat kerja itu (mendulang emas) tidak termasuk dalam kawasan larangan melombong serta kawasan itu tidak membahayakan pendulang. 

“Kita tahu sekarang pun ada rakyat yang tengah buat aktiviti ini, jadi kerajaan negeri ambil tanggungjawab untuk menyelia perkara ini selain memudahkan urusan agar ia dibuat secara sah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Mohamed Fadzli berkata proses mendapatkan lesen bagi tujuan berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa memandangkan pegawai berkaitan sedang merangka draf garis panduan dan syarat pelesenan bagi aktiviti mendulang emas.

Semalam media melaporkan, kerajaan Kelantan membenarkan rakyatnya untuk menjalankan aktiviti perlombongan emas secara mendulang dengan lesen bersyarat yang akan dikeluarkan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading