Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN INDIVIDU BAKAR MERCUN DARI BALKONI PANGSAPURI

DALAM NEGARA

POLIS KESAN INDIVIDU BAKAR MERCUN DARI BALKONI PANGSAPURI

Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di sini seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.

Sumber: Media Sosial

IPOH: Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di sini seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan perbuatan itu menerusi akaun Twitter menggunakan nama ‘Megatz’ semalam.

“Satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam serta Seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500 019 untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai dinasihatkan sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun sempena musim perayaan demi menjamin keselamatan diri mahupun nyawa serta harta benda orang ramai.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular itu, kelihatan seorang lelaki membakar mercun di balkoni sebuah unit pangsapuri beberapa kali.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading