KERAJAAN TANGGUNG RM93 JUTA BAGI LAKSANA TOL RAHMAH – AHMAD
Kerajaan menanggung kira-kira RM93 juta bagi pemberian Tol RAHMAH percuma kepada pengguna lebuh raya selama empat hari yang bermula hari ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan melawat HASIL Recovery Call Centre pada majlis penyerahan sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada golongan asnaf sempena program tanggungjawab sosial di Akademi Percukaian hari ini. — fotoBERNAMA
KUCHING: Kerajaan menanggung kira-kira RM93 juta bagi pemberian Tol RAHMAH percuma kepada pengguna lebuh raya selama empat hari yang bermula hari ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pemberian tol percuma pada hari ini hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) membabitkan 33 lebuh raya utama negara adalah satu daripada aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Menurut Ahmad jumlah itu adalah anggaran awal oleh Pejabat Belanjawan Negara untuk dibayar kepada konsesi yang terlibat.
“Anggaplah itu (pemberian Tol RAHMAH) sebagai duit raya, ini sebahagian daripada duit rakyat juga yang kita berikan semula kepada rakyat bagi memberikan peluang kepada pengguna lebuh raya balik ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena Aidilfitri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Penyerahan Sumbangan 2023 yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak Vijayen Nagalingham di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata hasil kutipan cukai LHDN di Sarawak tahun lepas mencatatkan sebanyak RM6.6 bilion.
“Tahun ini kita sasarkan hasil kutipan cukai sebanyak RM6.8 bilion, saya harap rakyat Sarawak yang layak membayar cukai masing-masing, sekiranya mengalami masalah boleh membuat pengakuan sukarela dari 1 Jun hingga 31 Mei tahun depan dan membuat rundingan dengan pegawai hasil untuk pembayaran,” katanya.
Pada majlis itu, sejumlah 30 asnaf yang layak dari kawasan Petra Jaya menerima sumbangan berbentuk bakul makanan dan wang tunai sejumlah RM150 seorang.
Bantuan itu adalah hasil daripada kutipan ikhlas pegawai daripada Kesatuan dan Kelab HASiL Sarawak dalam usaha membantu golongan yang memerlukan sempena sambutan Aidilfitri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager