Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN INDIVIDU RAKAM VIDEO TURUNKAN JALUR GEMILANG 

DALAM NEGARA

POLIS KESAN INDIVIDU RAKAM VIDEO TURUNKAN JALUR GEMILANG 

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam merakam video menurunkan Jalur Gemilang dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia 16 Sept lepas. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semakan polis mendapati lelaki berusia 37 tahun itu keluar dari negara pada tahun 2016 dan tiada rekod masuk semula ke Malaysia selepas itu. 

“Selain lelaki itu, turut disiasat satu pertubuhan bukan kerajaan iaitu Republic of Sabah North Borneo (RSNB). 

“Semakan melalui OSINT (Open Source Intelligence) mendapati  RSNB didaftarkan di Australia dan kita masih menunggu untuk mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan/505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. 

Terdahulu, tular satu video berdurasi lapan minit 13 saat memaparkan tindakan sekumpulan individu menurunkan Jalur Gemilang sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di depan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne.  — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading