Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM HARGAI KEPERCAYAAN DIBERIKAN, SENTIASA BERPEGANG TEGUH MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

DALAM NEGARA

JAKIM HARGAI KEPERCAYAAN DIBERIKAN, SENTIASA BERPEGANG TEGUH MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghargai kepercayaan diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada agensi agama itu.

Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia. — PMO

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghargai kepercayaan diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada agensi agama itu.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata selaku agensi agama di peringkat persekutuan, JAKIM istiqamah melaksanakan segala titah dan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sentiasa berpegang teguh kepada manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Saf kepimpinan JAKIM sentiasa mengambil perhatian serius terhadap segala arahan dan nasihat perdana menteri serta sentiasa berusaha dan berazam untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan JAKIM ke arah memacu kemajuan ummah dan negara.

“Semoga perdana menteri terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk memimpin negara ini dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan,” katanya.

Warga JAKIM juga katanya sentiasa mendoakan kejayaan perdana menteri dalam meneruskan agenda pembangunan negara bagi melahirkan ummah yang berjaya dunia dan akhirat berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.

Semalam Anwar mengadakan pertemuan dengan bersama pegawai tertinggi JAKIM untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia.

Dalam pertemuan yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar itu, Anwar mahu JAKIM dan agensi penguat kuasa menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang dari ajaran Islam sehingga ke akar umbi. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading