Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS MAUT SEMASA PULANG BEKERJA

DALAM NEGARA

POLIS MAUT SEMASA PULANG BEKERJA

PENAMPANG: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas motosikal yang ditunggang melanggar belakang sebuah lori di Jalan Kota Kinabalu-Papar, dekat Kem Lok Kawi, Putatan di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.59 malam, mangsa Koperal Rozlan Shahruddin Abd Ajik, 35 tahun difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di PPR Kampung Segindai, Kinarut, Papar, selepas selesai bertugas di Balai Polis Putatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supt Mohd Haris Ibrahim, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

“Mangsa parah dan maut di tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading