Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS PARAH, KERETA DIREMPUH VAN

DALAM NEGARA

POLIS PARAH, KERETA DIREMPUH VAN

SUNGAI PETANI: Seorang anggota polis cedera parah selepas kenderaan yang dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah van di Kilometer 80.4 Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungai Petani, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.35 malam, anggota polis berusia 35 tahun itu dalam perjalanan dari Gurun ke Pendang selepas selesai tugasan Op COVID.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, sebuah van Toyota Hiace dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, van tersebut melanggar belakang kereta Perodua Kancil yang dipandu anggota polis tersebut.

“Kereta anggota tersebut terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar sebatang pokok sebelum terbalik, manakala van itu terbabas di bahu jalan sebelah kiri lalu terbalik,” katanya.

Kejadian tersebut mengakibatkan anggota polis tersebut cedera parah di dada dan tangan kiri namun keadaannya kini stabil manakala pemandu van pula cedera di bahagian badan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading