Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI BAKAR LORI TUNDA MBJB

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI BAKAR LORI TUNDA MBJB

Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes khianat dengan api melibatkan sebuah lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di depoh simpanan kenderaan, Lot 1 Johor Bahru Waterfront pada Jumaat  lepas.

Sumber: Media Sosial

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes khianat dengan api melibatkan sebuah lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di depoh simpanan kenderaan, Lot 1 Johor Bahru Waterfront pada Jumaat  lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dan kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek selepas kereta Perodua Axia miliknya ditunda pihak MBJB sehari sebelum itu.

“Suspek yang tidak mempunyai wang untuk membayar kompaun didakwa bertindak di luar batasan dengan menuang petrol dan membakar lori berkenaan sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM10,000.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek pada hari sama pukul 1.06 tengah hari dan merampas beberapa barang kes termasuk sebuah tong aluminium serta pemetik api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata semakan rekod lampau mendapati suspek pernah terlibat dalam kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, namun saringan air kencing yang dilakukan didapati negatif.

Beliau berkata suspek kini direman selama lima hari bermula semalam hingga 19 Ogos bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular satu hantaran video berdurasi satu minit 39 saat di laman sosial Facebook memaparkan seorang lelaki menghampiri lori tunda milik MBJB dan menuang dipercayai minyak petrol sebelum menyalakan api.

Turut kelihatan dalam video berkenaan dua individu bertindak membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading