Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI CURI TABUNG MASJID

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI CURI TABUNG MASJID

Pengadu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek berada di kawasan kaki lima masjid dan telah mengumpil tabung masjid selepas solat Subuh lalu melarikan diri.

AMPANG: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki mencuri wang tabung masjid sebanyak RM500 di sebuah masjid di Taman Nirwana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada bilal masjid berkenaan kira-kira jam 6.49 pagi.

“Pengadu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek berada di kawasan kaki lima masjid dan telah mengumpil tabung masjid selepas solat Subuh lalu melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Azam berkata, suspek telah ditahan polis pada jam 5 petang hari yang sama di sebuah kediaman di Taman Angsana Hilir dan merampas wang tunai RM101 serta pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian.

Mengulas lanjut, semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah selain ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis meth.

Mohd Azam berkata suspek kini dalam proses permohonan reman di mahkamah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

“Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh 10 tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading