PENYAMPAI BERITA RAYMOND GOH MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Penyampai berita sebuah stesen televisyen tempatan, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah, disahkan meninggal dunia, pagi tadi.
Allahyarham, 62, meninggal dunia kira-kira jam 10.40 pagi tadi di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Memetik laporan Buletin TV3, isteri Allahyarham, Faridah Teh memaklumkan solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar.
Jenazah Allahyarham kemudian akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Sebelum ini media melaporkan Mohd Zaman berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar sebelum dimasukkan ke hospital pada 30 Ogos lalu.
Allahyarham telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah pada 31 Mac 2003.—AlHijrah Online