MUHYIDDIN SELESAI BERI KETERANGAN KEPADA PDRM BERHUBUNG ISU FATWA
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi keterangan kepada pihak polis, berhubung isu fatwa beliau yang mengharamkan mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai minggu lepas.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi keterangan kepada pihak polis, berhubung isu fatwa beliau yang mengharamkan mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai minggu lepas.
Keterangan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, diambil di pejabatnya di bangunan Lembaga Pembangunan Malaysia (MIDA) di sini pagi tadi.
Terdahulu Muhyiddin dilihat memasuki bangunan berkenaan pada pukul 9.28 pagi dan meninggalkan bangunan berkenaan pada pukul 10.25 pagi.
Muhyiddin hanya tersenyum dan mengangkat tangan isyarat bagus, ketika ditanya pemberita yang berkumpul di bangunan berkenaan sejak pukul 9 pagi mengenai rakaman keterangan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan rakaman kenyataan berkenaan telah selesai, dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Pada 2 Sept lepas, Ahli Parlimen Pagoh itu semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa “haram memberikan undi kepada Suhaizan.”
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suhaizan menang dengan majoriti 18,641 undi, sekali gus membolehkan parti itu mempertahan kerusi PH itu dengan memperoleh 48,283 undi, bagi menewaskan dua pencabarnya iaitu Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi yang masing-masing mendapat 29,642 undi serta 528 undi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked