Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS TAHAN TEMAN LELAKI WANITA HINA ISLAM DALAM PERSEMBAHAN KOMEDI

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN TEMAN LELAKI WANITA HINA ISLAM DALAM PERSEMBAHAN KOMEDI

Polis menahan teman lelaki kepada seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

KUALA LUMPUR: Polis menahan teman lelaki kepada seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan lelaki itu di sini pada Ahad.

“Lelaki tersebut telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN – WANITA TANGGAL BAJU, TUDUNG DITAHAN REMAN

Sementara itu, Noorsiah berkata pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu, selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.

“Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan,” katanya.

Sebelum ini tular video seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading