Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA TANGGAL BAJU, TUDUNG DITAHAN REMAN

DALAM NEGARA

WANITA TANGGAL BAJU, TUDUNG DITAHAN REMAN

Polis telah menahan wanita yang didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan wanita yang didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, suspek berusia 28 tahun itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ARTIKEL BERKAITAN – POLIS TAHAN TEMAN LELAKI WANITA HINA ISLAM DALAM PERSEMBAHAN KOMEDI

“Seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab komedi telah ditangkap. Suspek direman selama tiga hari bermula 10 Julai (Ahad) hingga 12 Julai (Selasa).

“Setakat ini suspek direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular video seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: POLIS TAHAN TEMAN LELAKI WANITA HINA ISLAM DALAM PERSEMBAHAN KOMEDI – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading