POLIS TAHAN TUJUH LELAKI WARGA PAKISTAN DISYAKI TERLIBAT PEMERDAGANGAN ORANG
Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di Kuala Lumpur, Isnin lepas.
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kesemua mereka berumur antara 21 hingga 44 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 petang oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang mangsa lelaki yang juga warga Pakistan berusia 23 tahun telah dipukul oleh empat lelaki senegara yang merupakan ejen yang membawanya masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.
“Pasportnya juga telah dirampas serta mangsa dipukul dan diugut tidak dibenarkan keluar dari rumah, mangsa mengalami kecederaan sakit pada bahagian badan dan lengan serta tangan bahagian kiri.
“Semasa tangkapan, polis turut menyelamatkan empat mangsa lelaki warga Pakistan yang lain serta merampas 22 pasport Pakistan milik mangsa, lima beg pakaian, tiga telefon bimbit, serta batang penyapu yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata modus operandi mereka ialah melakukan tipu daya bagi warganegara asing dengan melakukan pekerjaan secara paksa.
“Semakan rekod jenayah terhadap semua tangkapan mendapati tiada rekod ditemukan manakala ujian air kencing ke atas tangkapan pertama hingga ketujuh negatif dadah.
“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu memperdagangkan orang dengan maksud eksploitasi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests