Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TERENGGANU RAMPAS 36 KG SYABU

DALAM NEGARA

POLIS TERENGGANU RAMPAS 36 KG SYABU

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata serbuan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu dengan bantuan Unit Peronda Lebuhraya LPT 2 Bukit Aman itu dibuat kira-kira 4 petang di Kilometer 268.8 dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Polis menangkap seorang lelaki dan merampas 36 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM1.15 juta selepas menahan sebuah kereta Toyota Alphard di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) Selasa lepas

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata serbuan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu dengan bantuan Unit Peronda Lebuhraya LPT 2 Bukit Aman itu dibuat kira-kira 4 petang di Kilometer 268.8 dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang.

Beliau berkata penahanan terhadap suspek berumur 29 tahun dan berasal dari Besut itu dibuat hasil maklumat orang awam.

“Pemeriksaan pada kenderaan mewah terbabit telah menemukan 35 bungkusan plastik lutsinar tertulis ‘Guanyinwang’ yang disyaki dadah jenis syabu.

“Bekalan (dadah) itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan disyaki untuk edaran di Lembah Klang yang mampu menampung kegunaan untuk 180,000 orang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata susulan penahan itu, polis turut menyita wang di dalam akaun suspek berjumlah RM681,718.73 untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, ketika ini suspek yang tidak bekerja dan memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah direman selama tujuh hari bermula semalam.

“Siasatan lanjut mendapati suspek pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun serta tiga sebatan pada 2015,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading