POLIS TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP ARAK DI MUAR

MUAR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan arak dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Abong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata serbuan pada 4 petang itu turut menahan dua lelaki berusia 32 dan 47 tahun yang berada di premis berkenaan.

“Polis merampas 41 karton arak pelbagai jenis tanpa cukai, sejumlah peralatan pemprosesan arak serta dua kereta jenis Toyota Camry yang kesemuanya dianggar bernilai RM136,257.26 dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu direman hingga 31 Okt ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.–AlHijrah Online

Leave a Reply