PERMOHONAN NAJIB CABAR KEPUTUSAN JABATAN PENJARA DITOLAK
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa tiada isu yang timbul untuk dipertimbangkan oleh mahkamah, kerana Najib bukan lagi ahli parlimen berikutan pembubaran parlimen pada 10 Okt.
“Sebaik sahaja parlimen dibubarkan, pemohon (Najib) bukan lagi seorang Ahli Parlimen. Sehingga dan melainkan pengampunan diberikan, atau sabitan diketepikan selepas semakan semula, tidak ada kemungkinan pemohon sekali lagi akan menjadi Ahli Parlimen yang pada masa sama juga seorang banduan, kerana undang-undang menghalang sesiapa yang disabit kesalahan untuk bertanding, selaras dengan Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan.
”Oleh itu, permohonan kini menjadi akademik dan ia tidak mempunyai merit. Saya menolak permohonan itu kerana dianggap remeh dan menyusahkan,” kata hakim.
Pada 5 Okt lepas, Najib, 69, memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keengganan Jabatan Penjara membenarkan permohonannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Bekas perdana menteri itu menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden pertama hingga ketiga, dan memohon perintah bagi membatalkan keputusan responden ketiga untuk tidak membenarkannya akses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja parlimen, perundangan dan kawasan.
Hakim Ahmad Kamal dalam penghakiman ringkasnya berkata memandangkan Najib bukan lagi ahli parlimen Pekan, pelepasan pengisytiharan yang dipohonnya untuk mendapat akses kepada pegawai/pembantu bagi tujuan kerja Parlimen, perundangan serta kawasan, dan mendapat akses serta kehadiran di Parlimen pada tarikh sesi/persidangan yang dijadualkan, juga bukan lagi isu yang wujud.
Beliau berkata pelepasan pengisytiharan yang dimohon Najib menjadi mustahil dengan pembubaran Parlimen, memandangkan tiada lagi persidangan Parlimen untuk beliau hadiri.
“Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mengumumkan bahawa hari pengundian untuk Pilihan Raya Umum akan datang adalah pada 19 Nov. Ini bermakna akan ada satu lagi Kabinet akan dibentuk yang terdiri daripada Ahli Parlimen yang baru dipilih,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa hujah yang dikemukakan oleh peguam pemohon bahawa pada masa pemfailan ia adalah ‘isu yang wujud’, adalah tiada merit.
“Ini kerana adalah logik apabila sebarang permohonan dibuat atau difail di mahkamah, isu itu adalah ‘live issue’ yang ditetapkan semasa ia difail.
“Bagaimanapun perkara ini telah overtaken by events dengan pembubaran Parlimen. Isu yang dipersoalkan adalah sesuatu yang telah berlalu dan tidak lagi wujud. Tiada perintah yang boleh dibuat bagi memberi kesan terhadap isu itu lagi,” katanya.
Selepas hakim menyampaikan keputusannya, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu bahawa beliau akan menfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.
Responden diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dari Jabatan Peguam Negara (AGC).
Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya selepas disabit dengan kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests