Jelas Ahmad Marzuk, RUU355 sudah siap dan sedia dibawa oleh mana-mana parti politik yang memegang kerajaan selepas PRU-15 ini ke Parlimen untuk dibentang dan juga diluluskan.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) satu langkah sahaja lagi untuk dibentangkan di parlimen pada Oktober ini, malangnya terbantut kerana Parlimen dibubarkan secara tiba-tiba kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Katanya Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil sudah diarahkan untuk membuat persiapan ke arah pindaan RUU355 sejak Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) lagi.
Jawatankuasa ini telah bermesyuarat beberapa kali bagi memastikan cadangan draf yang akan dibuat mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.
“Draf RUU355 berjaya dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke-27 pada 11 hingga 12 Oktober 2021.
“Alhamdulillah, cadangan yang dikemukakan oleh negeri-negeri ini juga telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada 29 Mac 2022,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Marzuk juga menjelaskan sebab RUU355 mengambil tempoh panjang untuk dibentangkan.
“Apabila RUU ini diluluskan dan dikuatkuasakan, selaku undang-undang melibatkan Syariah yang berada di bawah kuasa Raja-raja Melayu, negerilah yang akan membuat pertimbangan dan pindaan susulan sama ada untuk mengekalkan atau meminda hukuman bagi kesalahan jenayah syariah di negeri masing-masing.
“Kedua, kerana ketidakstabilan politik negara sehingga Perdana Menteri terpaksa bertukar di tengah-tengah pemerintahan. Pembentukan Kabinet baru pastinya mengambil masa, dan kemudiannya menjadikan beberapa dasar dan perancangan perlu disemak dan diteliti semula.
“Ketiga, kerajaan juga pada masa yang sama sedang bergelut dengan pandemik COVID-19. Ditambah pula dengan kekangan pelaksanaan PKP untuk beberapa ketika, sedikit sebanyak turut menjejaskan perjalanan RUU ini,” katanya.
Jelas Ahmad Marzuk, pada 26 Ogos 2022, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355.
Draf RUU355 juga telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022.
Menurutnya lagi, RUU355 sudah siap dan sedia dibawa oleh mana-mana parti politik yang memegang kerajaan selepas PRU-15 ini ke Parlimen untuk dibentang dan juga diluluskan.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager