Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT AKSI TIDAK SENONOH DI SURAU

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT AKSI TIDAK SENONOH DI SURAU

Polis sedang menyiasat video tular memaparkan dua lelaki tempatan melakukan perkara tidak senonoh di dalam surau di kawasan Banting.

BANTING: Polis sedang menyiasat video tular memaparkan dua lelaki tempatan melakukan perkara tidak senonoh di dalam surau di kawasan Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya semalam menerima satu laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 54 tahun yang juga merupakan bilal di surau berkenaan berhubung rakaman CCTV tersebut.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam rakaman tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan penjara selama tempoh sehingga dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku dalam kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan berhubung Pegawai Penyiasat Insp Norhidayah Mohd di talian 017-4055363/ 03-31872222.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading